Pengalaman Melancong ke Beijing

Perjalanan dari Hong Kong ke Beijing memakan masa lebih kurang 3 jam. Pesawat kami mendarat di Beijing Capital International Airport. Jarak dari airport ke hotel adalah 28km dan mengambil masa selama 25 minit. Kami menaiki teksi untuk sampai ke hotel. Melalui pengalaman saya di China, sesetengah pemandu teksi akan membawa anda ke destinasi yang dipinta walaupun mereka sendiri tidak mengetahui tempat tersebut (pemandu akan menelefon hotel atau kawan mereka untuk bertanya mengenai lokasi). Tetapi yang bagusnya, mereka akan menggunakan meter dan saya belum pernah menghadapi pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Ketika trip sy ke Beijing, waktu ini cuaca di China agak nyaman dan sesuai utk pergi berjalan2. Kebetulan pula pada ketika itu adalah Hari Kebangsaan negara China, jadi terdapat ramai ramai pelancong domestik yang datang ke Beijing. Keadaan ketika itu sangat sesak ini kerana cuti utk hari kebangsaan mereka adalah selama seminggu. Secara ringkas, ini diantara tempat2 yang saya lawati semasa disana.

Tiananmen Square

Tiananmen Square adalah dataran terbesar yang terletak di tengah2 kota Beijing dan dataran yang ketiga terbesar didunia. Keluasannya adalah seluas 109 hektar. Ia merupakan tempat yang bersejarah bagi negara China kerana banyak peristiwa penting yang berlaku disini seperti protes di Tiananmen Square 1989. Ketika kami melawat kesana, para pekerja sedang sibuk membuat persiapan menyambut hari kemerdekaan. Kawasan sekitar dipenuhi dengan bunga-bungaan. DSC_0022 DSC_0030 DSC_0043 DSC_0068 DSC_0069 DSC_0080 DSC_0095 DSC_0101 DSC_0129 DSC_0156 DSC_0172 Forbidden City

Forbidden city terletak bersebelahan dengan Tianammen Square. Kota ini dinamakan Forbidden City kerana rakyat jelata tidak dibenarkan masuk kedalam kawasan ini kecuali jika mendapat kebenaran daripada maharaja. Forbidden City adalah tempat tinggal maharaja serta pembantunya dan juga pusat pemerintahan kerajaan China selama 500 tahun bermula dari Dinasti  Ming sehingga Dinasti Qing. Ia dibina dari tahun 1406 – 1420, mempunyai 980 bangunan dan keluasannya adalah sebanyak 7,800000 kaki persegi. Menurut kata orang di dalam Forbidden City terdapat 9999 buah bilik. Forbidden city dikelaskan sebagai World heritage Site pada tahun 1987. Rasanya kalau hendak melawat keseluruhan kawasan ini memerlukan masa sehari suntuk. Kami pun hanya sempat melawat sebahagian sahaja kawasan ini. DSC_0219 DSC_0248 DSC_0257 DSC_0285 DSC_0294 DSC_0315 Great Wall of China

Great Wall merupakan ‘military construction’ dan mempunyai Keluasan sebanyak 21196 km.  Tujuan membina Great Wall ini adalah untuk menyelamatkan kerajaan China daripada diserang oleh kuasa2 luar. Tembok ini dibina secara berperingkat2 dan kemudiannya disambung utk menjadi sebuah tembok yang besar dan kuat dan dikenali sebagai Great Wall of China. Ianya dibina menggunakan batu, tanah dan kayu.Hebatnya binaan ini sehingga angkasawan terkemuka, Neil Amstrong yang menjelajah angkasa lepas mendedahkan Tembok Besar adalah satu daripada dua binaan di muka bumi yang dapat dilihat dengan jelas dari angkasa. Perjalanan dari Beijing ke sini memakan masa lebih kurang 2 jam. Terdapat banyak laluan utk ke sini. Kami memilih Mutianyu Great Wall kerana pengunjung disini tidak berapa ramai berbanding laluan2 yg lain. Utk sampai ke puncak Great Wall anda boleh memilih utk memanjatnya dari bawah hingga keatas atau anda boleh menaiki cable car. Jangan salah faham ini bkn spt cable car biasa tetapi spt cable car yang digunakan ketika utk meluncur salji. Pada mulanya sy tidak mengetahui mengenai cable car tersebut, setelah selesai membeli tiket barulah sy melihat rupa cable car tersebut. Takut jugak waktu itu sbb eiman br berumur 3 thn kerana cable car tersebut tidak mempunyai dinding. Untuk turun ke bawah dari puncak Great Wall, kita boleh mebuat pilihan sama ada menggunakan cable car ataupun mencuba menggunakan Tobagan. Tobagan ini ialah peluncur yang bergerak di atas trek. Sy memilih untuk menaiki tobagan dan ianya memang menyeronokkan. Tetapi anda perlu beratur lebih lama sedikit kerana ramai pelancong yang ingin mencubanya. DSC_0007 DSC_0011 DSC_0023 DSC_0041 DSC_0058 DSC_0095 DSC_0098 DSC_0123 DSC_0142 DSC_0215 DSC_0223 Summer Palace

Kawasan Summer Palace (Istana Musim Panas) adalah terdiri daripada tasik-tasik yang luas, taman-taman dan istana. Dsinilah maharaja Cina terdahulu berehat dan menghabiskan cuti musim panasnya. Terdapat 2 kawasan utama iaitu Longevity Hill dan Tasik Kunming. Keluasan Summer Palace meliputi 2.9 kilometer persegi (720 ekar), tiga suku daripadanya ialah air. Di Istana Musim Panas , kita akan dapat melihat kemewahan maharaja Cina terdahulu, pelbagai istana, taman-taman, dan lain-lain struktur seni bina gaya -klasik. Pemandangan di sini sangat cantik dan binaan dan bangunan ini masih lagi kekal terpelihara sehingga kini. DSC_0019 DSC_0033 DSC_0062 DSC_0068 DSC_0080 DSC_0099 DSC_0104 DSC_0129 DSC_0153 DSC_0157 DSC_0183 DSC_0188 Wangfujing

Wángfǔjǐng yang terletak di wilayah Dongcheng adalah merupakan salah satu kawasan membeli-belah yang paling terkenal di ibu negara China ini. Tempat ini sangat popular untuk membeli-belah bagi pelancong dan penduduk setempat. Terdapat banyak kedai kedai dan juga pusat membeli belah yang menjual pelbagai barangan. Di sini juga ada terdapat pasar yang juga menjual barang barang seperti baju dan cenderahati. Berdekatan dengan pasar itu juga ada terdapat pasar makanan. Terdapat beberapa kedai makanan halal di situ yang dijual oleh Cina muslim. Cuba cari gerai yang mempamerkan ayat al-Quran dan untuk lebih pasti, anda boleh tanya sama ada makanan itu halal atau tidak kepada pemilik gerai. Juga anda boleh pastikan penjual itu muslim dengan bertanya sendiri. Sebutan untuk muslim dalam bahasa Cina ialah “mu-se-lin”. DSC_0204 DSC_0207 DSC_0218 DSC_0225

3 responses to “Pengalaman Melancong ke Beijing

Leave a comment