Happy Birthday Qaleesya

Alhamdulillah…. pada 12 Julai 2014, genaplah setahun umur Eryna Qaleesya. Dah besar rupanya si comel ini. Meniarap, merangkak, duduk…bangun, berdiri dan berjalan.. semua sudah. Berlari saja yang belum. Pejam celik dah setahun pun umur dia.

DSC_0002 DSC_0016

Mungkin ada yang bertanya apa maksud disebalik nama Eryna Qaleesya? Sebenarnya kalau ikut terjemahan, Eryna bermaksud “cantik” dan Qaleesya maksudnya “murni”. Seperti maksud namanya, saya berharap dia akan sentiasa cantik dan comel disamping mempunyai akhlak dan sikap yang terpuji.

DSC_0001

Birthday Qaleesya kali ini kami sambut sederhana sahaja di tempat kediaman kami di Hong Kong. Disamping masakan Mama untuk berbuka puasa, saya juga belikan kek aiskrim untuk birthday Qaleesya kali ini. Tapi abang Eiman ler nanti yang makan semuanya sebab Qaleesya masih sangat kecil untuk makan kek aiskrim ni. Takpelah Qaleesya, nanti dah besar sikit boleh makan banyak macam Abang Eiman.

DSC_0404 DSC_0411

DSC_0471 DSC_0412

DSC_0446

Harapnya Qaleesya akan jadi anak yang solehah dan mendengar kata. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezekimu, serta dikurniakan kesihatan yang baik. Mama, Papa & Abang Eiman will always love you so much.

Happy Birthday Eryna Qaleesya..

Leave a comment